Sumber artikel: Nur Ikhwan Mohamad (2021, October). Teknik asas berlari. Celik Fizikal, Bil.1, pp. 9.
Langkahan: Mulakan dengan buka langkah mengikut keselesaan. Seeloknya bukaan langkah permulaan kecil dan jarak pendek, hingga tubuh sedia untuk bukaan langkah lebih luas dan laju (sekiranya perlu).
Pendaratan: mendarat dengan hadapan tapak kaki dan diserap dengan gerakan pendaratan penuh tapak kaki hingga ke hujung tumit hampir cecah atau cecah sedikit permukaan sebelum gerakan ke hadapan seterusnya.
Durasi impak: sesingkat mungkin dengan tapak kaki di bawah aras punggung sekurang-kurangnya
Mekanik tubuh: Pandang hadapan untuk leher neutral, tegakkan badan, kunci siku di sudut 90 darjah, hayunan bahu selari tempo hayunan kaki, jangan tegang, lembutkan badan dan bertenang.
Pernafasan: Kebiasaanya untuk tahap larian sederhana dan rendah, pernafasan melalui mulut memberikan cukup oksigen yang diperlukan tubuh. Namun bernafas melalui mulut dan hidung adalah lebih baik. Pelari boleh juga menarik nafas dalam-dalam sekali sekala apabila diperlukan melalui hidung dan hembus melalui mulut.
Ansur maju: Tidak semua boleh terus mula berlari. Mulakan dengan mengikut kemampuan. Larian beberapa langkah dan diikuti berjalan beberapa langkah sudah merupakan permulaan yang baik.
Analisa: Rekod video anda berlari. Mainkan kembali video tersebut dan perhatikan lakuan anda bagi setiap perkara tersebut. Betulkan mana-mana yang perlu. Buka juga video teknik larian yang tersedia di atas talian, dan bandingkan dengan teknik larian anda sendiri untuk penambahbaikan. Selamat mencuba.:)