top of page

Mengukur Penghasilan Kuasa Kaki Atlet




Antara ujian yang amat biasa di lakukan bagi mengukur kuasa otot atlet adalah dengan menggunakan lompat jauh berdiri. Walaupun terdapat buku dan penyelidik yang menerima bahawa ukuran jarak lompatan dalam ujian lompat jauh berdiri itu diterima sebagai kemampuan kuasa kaki, di pihak saya, masih lagi rasanya boleh di perolehi dapatan yang lebih tepat. Kerana jarak lompatan semata-mata sebenarnya tidak menggambarkan penghasilan 'kuasa' yang sebenar. Kuasa otot adalah ukuran kemampuan atlet menghasilkan seberapa banyak daya dalam masa yang singkat. Jadi, jarak yang berjaya di capai mungkin sama, namun tempoh masa yang di ambil untuk tiba ke jarak tersebut mungkin berbeza. Dalam situasi sukan seperti larian contohnya, sama kuat belum tentu menang, tetapi siapa sampai dahulu adalah pemenang. Jadi, elemen masa yang diambil untuk menghasilkan daya tersebut adalah sama pentingnya dengan jarak. Bahkan, itu adalah ukuran 'kuasa' yang sebenar.


Oleh itu, cadangan saya bagi jurulatih atau profesional suaian fizikal yang memantau prestasi semasa atlet, untuk mengambilkira elemen masa ini dalam melaksanakan ujian lompat jauh berdiri.


Kaedah pengiraan manual berikut boleh di gunaka untuk mengukur kemampuan penghasilan kuasa sebenar atlet dengan mengambilkira tempoh masa pergerakan/lompatan dalam ujian lompat jauh berdiri:


  • Ukur jarak lompatan (d): rekodkan jarak lompatan dalam unit ukuran 'meter'.

  • Anggarkan/timbang berat atlet (W): Gunakan berat atlet dalam 'kilogram'.

  • Gunakan formula pengiraan 'kuasa' (P): Formula asas yang biasa digunakan untuk menganggarkan penghasilan kuasa adalah P = (W x g x d) / t

  • P = Penghasilan Kuasa (Watts)

  • W = Berat badan atlet (kg)

  • g = Pecutan akibat graviti (lebih kurang 9.81 m/s2)

  • d = Jarak lompatan (m)

  • t = Masa yang di ambil untuk melengkapkan lompatan (saat). Ini agak sukar di ukur dengan jam randiknya contohnya, mungkin lebih tepat dengan mengambil video dan analisa kemudiannya dengan mana-mana aplikasi video atas talian.



Contoh pengiraan:

  1. Jarak lompatan (d): 2.5 meter

  2. Berat atlet (W): 70 kg

  3. Masa diambil untuk lengkap lompatan: 0.5 saat


Dengan menggunakan formula di atas:

  • P = (70kg x 9.81 m/s2 x 2.5m) / 0.5s


  1. 70 x 9.81 = 686.7 N

  2. 686.7 x 2.5 = 1716.75 J

  3. P: 1716.75 / 0.5 = 3433.5 Watt


Oleh itu, penghasilan kuasa kaki atlet tersebut adalah dianggarkan lebih kurang 3433.5 Watt. Ini adalah contoh analisa kuasa kaki atlet dengan mengambil kira masa yang diambil untuk melengkapkan satu lompatan beliau. Atlet yang mempunyai lebih pecutan/kelajuan, akan mempunyai tempoh masa yang berbeza dalam lompatan, sekaligus mengubah jumlah kuasa kaki yang dihasilkan.


Apapun perlu diingat, ini hanyalah kiraan mudah dengan dengan kiraan kuasa kaki akan berbeza mengikut mekanik lompatan dan faktor fisiologi khusus setiap atlet serta faktor-faktor lain yang boleh diukur dan dikira menggunakan kelengkapan ujian yang lebih baik.



Nota kaki: Terima kasih Saudara Zuhairi untuk gambar permulaan lompat jauh berdiri.





bottom of page